Monday 30 April 2012

KURSUS ASAS KOPERASI 1

Tajuk Kursus : PERANAN, TANGGUNGJAWAB ANGGOTA DAN PERUNDANGAN KOPERASI
Penceramah : En Mohd Radif B. Md. Jali  (Unit Penyelaras IPT, ANGKASA.)

"Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki bersama dan terkawal secara demokrasi"-Jati Diri, Manchester 1995



Tamadun koperasi asalnya bermula pada tahun 1844, ketika itu "The Rochdale Equitable Pioneers Society" melopori bidang koperasi dengan keanggotaan seramai 28org pekerja. Kemudian di Tanah Melayu koperasi secara rasminya bermula apabila undang-undang bertulis koperasi Co-Operative Society Enactment 1922 diluluskan oleh penjajah British. Undang-undang tersebut mula berkuat kuasa pada tahun 1922 di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada tahun 1948 ia dimansuhkan dan digantikan dengan akta koperasi 1993 dan berkuatkuasa diseluruh negara sehingga ke hari ini.



Kursus ini mengingatkan kembali asal-usul koperasi serta bagaimana tertubuhnya koperasi dengan tujuan dan harapan penubuhan koperasi. Disamping menjaga kebajikan ahli koperasi dengan menjalankan perniagaan demi untung bersama. Selain itu kursus ini juga menerangkan bagaimana sumbangan ahli mampu menjayakan koperasi. Seterusnya, kursus ini juga berjaya menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk menjadi anggota koperasi yang baik. Peranan ahli lembaga koperasi dan ahli koperasi menjadi faktor kerjaya koperasi.



Hasil daripada program ini dapat mendedahkan kepada ahli tentang gerak kerja koperasi serta peranan, tanggungjawab anggota dan perundangan koperasi. Disamping itu kursus ini juga menghasilkan ahli koperasi yang berpengetahuan tentang hak dan peranan meraka sebagai ahli yang menjadi tunggak utama pembangunan dunia koperasi siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.



Wednesday 28 March 2012

Ke Arah Memartabat Sistem Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi

"Sistem kewangan Islam atau sistem perbankan Islam merupakan salah satu bidang dalam pengurusan muamalat Islam. Namun begitu, falsafah dan prinsip sistem kewangan Islam telah digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah sejak 1400 tahun yang lalu melalui Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama yang sempurna meliputi norma-norma dan peraturan-peraturan untuk dipatuhi dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini adalah termasuk aktiviti ekonomi yang membentuk satu sistem kewangan yang merupakan urusan muamalat seharian."-Mohd. Fathullah Adznam.

Sistem kewangan Islam yang berasaskan kepada perkongsian untung rugi dan jualan barangan yang bebas daripada riba merupakan prinsip utama yang membezakan sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional. Antara prinsip-prinsip syariah dalam sistem kewangan Islam ialah;
  1. Tiada riba.
  2. Larangan gharar (ketidakpastian, penipuan, spekulasi)
  3. Mengutamakan aktiviti yang halal (dibenarkan oleh agama Islam)
  4. Lebih mengutamakan persoalan keadilan dan etika-etika dalam Islam.
"Objektif utama sistem kewangan Islam adalah untuk menyebarkan kekayaan ekonomi melalui kerangka muamalat Islam dengan memperkenalkan dan menggunakan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah...."- Mohd. Fathullah Adznam.


Objektif Sistem Kewangan Islam

  • Memudahkan kestabilan dan nilai wang.

Mengekalkan kestabilan dengan pertukaran yang bertepatan dengan harga sesuatu barang adalah salah satu cara perkongsian untung rugi dan jualan barang tanpa riba.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber. 

    Pengeluaran Islam yang mempunyai kewajipan sosial memang wajar memaksimumkan outputnya dan bukannya memaksimumkan keuntungannya. Ini merupakan insentif utama pengusaha untuk menghasilkan tingkat pengeluaran yang lebih tinggi demi memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
  • Pembahagian sumber yang adil

    Sumber ekonomi yang ada perlu diagih-agihkan penggunaannya supaya dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak Islam serta selaras dengan keperluan dan keadaan sesebuah negara Islam.







Thursday 8 December 2011

Pengambilan ahli koperasi baru

Koperasi Siswa Unisza sedang buka kaunter pendaftaran untuk pelajar Unisza yang berminat untuk jadi ahli Koperasi Siswa Unisza. Kaunter dibuka pada 7,8,9 dan 10hb Disember 2011. Semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin dijemput untuk jadi ahli Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad. Bersamalah kita menjanakan dunia koperasi untuk kepentingan bersama.
Siswa pemangkin dunia koperasi.

Tuesday 1 November 2011

Profil

Koperasi siswa adalah koperasi yang berada dalam lingkungan Institut Pengajian Tinggi yang anggotanya adalah siswa dari IPT tersebut yang dapat melakukan kegiatan ekonomi tanpa badan hukum.Tujuan penubuhan adalah untuk mendedagkan pelajar-pelajar IPT dalam bidang perniagaan bagi menjana ekonomi setempat. Sejarah penubuhan Koperasi Siswa Unversiti Sultan Zainal Abidin(Kosiswa UniSZA) didaftar di Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada Mac 2010 dan mula beroperasi secara rasmi dalam Universiti Sultan Zainal Abidin pada Januari 2011. Koperasi Siswa UniSZA ditubuhkan atas saranan Kementerian Pengajian Tinggi.
Kini Kosiswa UniSZA terletak di Student Mall gerai nombor 1 dengan menjual pelbagai barangan yang berupa cenderahati..Antara barang yang dijual di Student Mall seperti baju kemeja, baju koporat, cenderahati, piala,dan seumpamanya.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Koperasi Siswa UniSZA boleh emel kepada kosiswa.unisza@gmail.com atau di facebook kami http://www.facebook.com/pages/Koperasi-siswa-UniSZA .